Kedai Makan di Kelantan

November 21st, 2008

Antara perkara yang aku selalu fikir bila balik ke Kelantan ialah berkenaan dengan kedai makan. Kedai makan yang mana yang perlu disinggah untuk menikmati kelazatan dan keenakan makanan Kelantan. Aku ni bukan lah suka sangat makan kat kedai makan. Makan kat rumah lagi sedap. Tapi memandangkan aku jarang-jarang pulang ke Kelantan, maka terasa juga nak menjamu selera di kedai makan yang sedap-sedap.

Kedai-Makan-di-Kelantan

Kat sini aku listkan senarai kedai makan yang aku plan untuk pergi bila menjejakkan kaki di bumi Kelantan nanti.

Hari 1:
Kedai Ccotekk Sebelah depot bas SKMK Kubang Kerian - Perghh ccotek yang sangat sedap.

Hari 2:
Kedai Makan Cik Omar Kubang Kerian - Kalau tak silap nama sebenar kedai ni ialah Restoran Kubang Kerian. Kedai makan favourite di zaman sekolah rendah dulu.

Hari 3:
Gerai burger - Orang kata burger paling best dekat traffic light KB Mall. Sos dengan mayonis sangat banyak mace lori tumpah (bak kata seorang forumer). Gerai burger favourite aku kat sebelah Pasar Segar.

Hari 4:
Yati ayam percik - Bila dah boring makan kat area Kubang Kerian, boleh pergi ke Jalan Pekeliling untuk menikmati makanan di kedai makan Yati ayam percik. Aku dulu zaman sekolah makan kaki ayam je. Tak mampu :)

Hari 5:
Kedai Makan Nasi Ulam Kampung Kraf - inilah dia kedai nasi ulam terbaik!

Hari 6:
Kedai roti canai gear box Kubang Kerian - perghh meleleh air liur…

Hari 7:
Gerai Nasi Kerabu sebelum masuk lorong Tok Kenali - kalau nak makan nasi kerabu sedap, sinilah tempatnya. Terutamanya mereka yang di Canberra, boring dah makan nasi kerabu berbudukan budu made in siam.

Hari 8:
Mee Kg. Pek - ada satu cawangan kedai makan dekat USM. Pernah masuk kedai ni ketika cuti summer last year, tapi tak sempat test mee yang katanya sangat sedap. Tengok member makan je.

Hari 9:
Kedai Nasi Tomato @ Food Court KB Mall - Sepanjang aku lepak kat KB Mall, tak pernah perasan ada kedai Nasi Tomato. Kedai makan ni kat celah mana ye? Selalu gi KB Mall makan kat kedai nasi ayam je. So lepas ni boleh la layan nasi tomato selepas penat bermain bowling :)

Hari 10:
Nasi kukus zakini? Di Berek 12.

Hari 11:
Gulai Kawah Che Dol? Kat PPA (Ada ke kedai ni? tak perasan pun)

Hari 12:
Burung Puyuh Goreng di Pasar Malam Parit Dalam.

Hari 13:
Restoren Halal Chinese Foon Oriental K Bharu - Ni review dari seorang forumer Cari:
“malam tadi ct dan hb try makey kat restoren halal chinese foon oriental kbharu, depan hotel raudah, napok luar supo takdok ore, masuk2 ramaiii…tempat lomentik , dan makanan muroh tok padan napok kelahh.. klu nok gi deting molek, tp dia takdok side dishes, dia masak pesen makanan set , tp memey muroh nok banding dgn rest lain sbb dio ni kelas horizon, ala yummy dan four season, satu set ado 4 lauk kami ambik - rm53 jah, air muroh nk banding tempat2 kelahss lain ,rm3.50, tok snap gambar sbb ramai banget ore sini”

Hari 14:
Chicken Chop Restoran Cik Siti dekat Maybank Padang Garung.

Hari 15:
Kedai Tea O Beng Samah Kubang Kerian - Tak pernah try. Tak tau sebab apa, sebab nama dia samah kot. Low class hehe. Balik ni kena try la.

Hari 16:
Big Mac Mc Donald. Hehe dah lama tak makan.

Hari 17:
Restoran Terapung - Kedai makan yang terapung di atas air. Perghh macam sangat best. Lokasi di Pengkalan Tok Kasim Sabak.

Hari 18:
Hayaki depan Billion - Kedai makan berkonsepkan kopitiam. Ada wifi.

Hari 19:
Nasi Sumatera depan MPKB.

Hari 20:
AM Tarbush dekat PC Depot.

Hari 21:
Nasi paku kat Jalan Hamzah dekat Courts Mammoth.

Hari 22:
Kedai Kak We Ppasir.

Hari 23:
Nasi Kerabu Seringgit Pasar Malam. (Ado lagi ke sekarang nie?)

Hari 24:
Puah jemuh doh make kat kedai. Masok sendiri kat rumah la pula.

Hari 25:
London Fish Tales kat Tesco. Siap Tok Guru Nik Aziz gi rasmi kedai makan ni. Apa yang hebat sangat? Kena pergi baru tau.

Hari 26:
Steamboat Ala Yummy - Katanya sedap. Kena try.

Hari 27:
Nak makan nasi dagang. Kedai makan yang mana jual nasi dagang yang sedap eh?

Hari 28:
Nasi Air Mak Su Nab Berek 12. Zaman dulu-dulu selalu makan nasi air kat kedai depan sekolah Maahad. Ada lagi ke?

Hari 29:
Nasi Paprik Kak Ze @ Kantin Sekolah Maahad.

Hari 30:
Makan KFC Kubang Kerian. Dah bosan jadi pekerja. Nak jadi customer pulak. Ada Hot Rod ke? Ngeh3x.

Saya yang tengah bosan,
Kimi

Main Bola Adidas

November 18th, 2008

Tulisan kali ini adalah untuk mengeksperimentasi “All in One SEO Pack” plugin. Dengan kata kunci “main bola“. Saya menulis berdasarkan tunjuk ajar seorang kawan saya yang suka main bola. Katanya kalau saya guna kata kunci main bola, kalau search kat google, posting saya ini akan dapat masuk dalam top 10. So untuk cek betul atau tidak, sila search main bola atau bola adidas atau main bola adidas.

main-bola-adidas-2

Kenapa saya pilih kata kunci main bola? Entah lah. Dah ni je yang kawan saya suggest untuk sesi praktikal malam ni. Saya bukannya suka sangat main bola. Main bola Pro Evo atau FIFA boleh lah.

Kawan saya ni ada bola adidas. Dia gi mana-mana pun, bola adidas dia ni pasti ada bersama. Padahal main bola takde la terer sangat. Koya je lebih. [Peace Bro!] Aku dah tak tau nak tulis apa, weh cepat laa wi idea main bola.

main-bola-adidas-1

UPDATE: Projek tidak berjalan dengan sempurna setakat ini kerana masalah dgn permalinks structure. Menunggu tunjuk ajar seterusnya dari ’sifu’ :)

Gambar

November 15th, 2008

af-s f1.4

Kim Possible or Mission Impossible?

kubur

“Rabbighfirlii waliwaalidayya warhamhuma kamaa rabbayaanii shaghiira”

Obama Victory Speech

November 8th, 2008

Teks ucapan Presiden Amerika ke-44. Teks ini diambil dari CNN.

Obama

Hello, Chicago.

If there is anyone out there who still doubts that America is a place where all things are possible, who still wonders if the dream of our founders is alive in our time, who still questions the power of our democracy, tonight is your answer.

It’s the answer told by lines that stretched around schools and churches in numbers this nation has never seen, by people who waited three hours and four hours, many for the first time in their lives, because they believed that this time must be different, that their voices could be that difference.

It’s the answer spoken by young and old, rich and poor, Democrat and Republican, black, white, Hispanic, Asian, Native American, gay, straight, disabled and not disabled. Americans who sent a message to the world that we have never been just a collection of individuals or a collection of red states and blue states.

We are, and always will be, the United States of America.
Read the rest of this entry »

Belanjawan Kelantan 2009: Harapan untuk Pimpinan Kerajaan Negeri

November 1st, 2008

kelantan.jpg

Bismillahirrahmanirrahim…

Tok Guru,

Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tok Guru telah berjaya memimpin Kelantan selama 18 tahun di bawah slogan “Membangun Bersama Islam”. Alhamdulillah saya bersyukur kerana dapat berada di bawah kepimpinan Tok Guru dan pimpinan-pimpinan yang lain. Namun, dengan perasaan yang kesal di sini ingin saya nyatakan bahawa saya sebenarnya agak risau dengan keadaan kewangan kerajaan negeri.

Berdasarkan kepada laporan Ketua Audit Negara beberapa bulan lepas, saya yakin bahawa keadaan kewangan negeri tidak begitu memuaskan, namun tidaklah berada dalam keadaan tenat. Meskipun ada yang melihat angka hutang itu sebagai sesuatu yang agak besar, tapi bagi saya ratio nya tidak lah terlalu teruk. Kewangan kerajaan negeri sekarang ini boleh diumpamakan seperti sebuah keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun yang memiliki hutang sebanyak RM90,000 yang mana saya rasa ramai di Malaysia yang termasuk dalam kategori ini. Bagi saya, “Hutang itu tidak salah, asalkan kita tahu bahawa kita berkemampuan untuk membayarnya.”

Saya percaya bahawa kerajaan negeri akan dapat melakukan sesuatu untuk memperbaiki kewangan kerajaan. Namun, selepas pembentangan Belanjawan Negeri 2009 pada hari Ahad lepas, saya agak ragu kerana saya berpendapat bahawa belanjawan defisit tidak akan membawa kebaikan kepada kewangan negeri, bahkan akan menambah bebanan. Ditambah pula dengan krisis kewangan global yang berlaku sekarang ini, bakal membebankan kerajaan negeri untuk tempoh setahun dua yang mendatang. Saya percaya konsep “Berbelanja tidak melebihi kemampuan” adalah konsep yang patut diamalkan oleh kerajaan negeri. Saya tidaklah reti mengenai ekonomi negeri. Tapi saya percaya ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan oleh kerajaan dan ada ruang untuk kerajaan negeri menambahkan pendapatan.

Di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara yang mungkin boleh difikirkan oleh Tok Guru dan pimpinan kerajaan negeri yang lain. Saya berpendapat bahawa Skim Takaful Kifalah adalah satu perkara yang membebankan bagi kerajaan. Kerajaan perlu mengkaji semula skim ini, samada menamatkan terus atau mencari kaedah lain yang tidak perlu menggunakan kantung kerajaan negeri. Saya sedar bahawa skim takaful ini adalah bagus, tapi disini ingin saya berkongsi kata-kata arwah ibu saya apabila saya mengambil insurans takaful dua tahun yang lalu. “Ada duit ke nak bayar?” Arwah ibu saya bukanlah seorang pakar ekonomi, dan bukan juga pakar insurans. Tapi saya percaya kata-kata seorang ibu tunggal yang berjaya memelihara tujuh orang anak secara bersendirian itu ada kebenarannya.

Selain itu, berdasarkan laporan audit yang saya baca, saya melihat hutang kerajaan negeri yang meningkat adalah hutang “Air” walhal hutang-hutang yang lain menunjukkan penurunan. Saya tidak tahu apakah masalahnya. Namun, inilah punca hutang kerajaan negeri naik mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Satu kajian terperinci perlu di buat mengenai masalah air yang masih lagi menghantui orang Kelantan.

Saya rasa cukup setakat ini coretan harapan saya untuk pimpinan Tok Guru. Coretan ini hanyalah coretan yang bersifat peribadi, untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan tanda sayang kepada negeri. Semoga pimpinan kerajaan negeri dapat melakukan yang terbaik untuk negeri Kelantan Darul Naim.

Hakimi
Kubang Kerian - Canberra 08


26347 pages viewed, 53 today
9215 visits, 23 today
FireStats icon Powered by FireStats